Thursday, August 14, 2008

Sewaktu Dulu Dulu ...Versi Kaler dan Hitam Putih



*Layan semua...
*Kalau ada yg nak letak gambar .silakan scan and email SMVP89.90@mail.com
*TQ

Reunion

Thursday, July 24, 2008

Congrats ..kepada semua

Salam ,Rasa nyer belum terlambat lagi nak ucapkan "SYABAS" dan "TERIMAKASIH"

1) Tuan Pengetua dan guru guru yang menghadirkan diri dan terlibat dalam "REUNION"
2) Semua batch 90/91 dan 89/90 yg datang.
3) Sekalung Taniah dan syabas buat AJK-AJK

Alhamdullilah majlis berjalan dengan lancarnya.Dan sudah pasti ada kekurangannya. Dah namanya majlis pasti ada kekurangan. Betul tak ???? Dan bukan satu kerja mudah untuk menghimpunkan rakan rakan dari pelbagai negeri.

Yang baik diambil sebagai teladan dan yg terkurang tu ambil sebagai pedoman untuk diperbaiki untuk "REUNION" akan datang ..

Dari feedback , semuanya happy dapat berjumpa rakan rakan lama .Almaklum 18thn terpisah.
Byk cerita nak dikongsi hinggakan tak cukup rasanyer masa perjumpaan ini.

Akhirkata .. pihak AJK ingin menyusun sepuluh jari atas segala kesilapan dan kekurangan.

Sehingga kita ketemu lagi . Insya Allah . Dilain waktu dan masa.

...Editor.....
*** masih menunggu gambar gambar utk di upload. hehehe..
***Maaf jika ada typo error.

Friday, July 18, 2008

Kurang dari 24 Jam .. Majlis Reunion

Salam dan Selamat sejahtera ,

Kurang dari 24 jam kita akan bertemu.Sudah tentu sekarang ini tengah berpacking-packing. Almaklumlah semuanya dari destinasi berlainan .Ada yang dekat dan ada yang jauh . Yang pasti berhati- hati di jalanraya.Pasti esok nostalgia lama akan menggamit kembali.
AJK- AJK pun tengah bertungkus lumus rasanya di saat akhir...

Enjoice..

Saturday, July 12, 2008

Seminggu Lagi . ..

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera rakan-rakan . Excited ... ?? Sure punyer ...

Seminggu sahaja lagi majlis "REUNION" yg dianjurkan oleh Batch 90/91. Akan berlangsung..
(Mcm Anugerah pulak)

Kudos to committee yg bertungkus lumus . Maklumlah dengan commitment masing-masing sehingga terpaksa melapangkan masa untuk menganjurkan reunion ini.

Tidak lupa juga rakan rakan yang sudah mengesahkan kehadiran anda . Tanpa sokongan anda majlis tak akan berjaya.

Terimakasih juga kepada pihak pengurusan sekolah terutamanya Tuan Pengetua atas kesudian mengizinkan kami mengadakan majlis di sekolah.

Untuk makluman Batch 89/90 akan turut serta ke REUNION ini .
Terimakasih atas jemputan. Semoga REUNION ini dapat memeriahkan lagi majlis.

17thn. Satu masa yg begitu lama setelah meninggalkan alam persekolahan . Semoga reunion ini dapat memberi manafaat dan diberkati . Insya Allah .. Sehingga kita ketemu lagi .. di lain coretan.

Editor ...

Thursday, June 26, 2008

Salams semua ..

Ok .. dah dipos jemputan kalau kecil tak nampak .. just click kat gambar and nanti dia jadi besar...TQ..........layanzzzzzzzzzzzzzzzz

Jemputan 3

Jemputan 2

Jemputan 1

Wednesday, June 25, 2008

"Program Poei Ke Sekolah Balik"

Salams semua rakan rakan bulan Julai ini akan diadakan majlis perjumpaan bagi Ex student Batch 90/91 dan dijemput sekali 89 /90 juga... Majlis akan diadakan pada :-

Tarikh :- 19 Julai 2008
Masa :- 2 ptg - 5:ptg
Lokasi :- Sekolah Menengah Teknik Dato' Lela Maharaja (SMVP) - Nama Sekolah yang baru ..
Details dah keluar tapi disebabkan masalah teknikal. Ada kerja touch up yg perlu di editkan sebelum publish kat blog .. Insya Allah akan disegerakan .

Tuesday, June 24, 2008

SMVP

Sekarang blog ini dikenali sebagai blog SMVP secara umum dan bukan lagi batch 89 /90.
So everybody freely to give comment or entries kalau nak publish. Can email to the administrator.
TQ..

Wednesday, May 7, 2008

Gambar Kelas Pengurusan Ladang 89/90


* Catatan* :- Jika ada nama yg tidak tulis.
Email ke saya.Terimakasih.

Rakan-Rakan Kelas Pengurusan Ladang 89/90

PL (89/90) Cikgu Kamariah
Geng Lelaki
Amrul,Norazam,Hairul,Roslan,Zulkarnian,Firdaus,Zamawi
Balu,Che Dzu,Isa,Yusri,Zulzambry,Azizan,Ahmad Rahmat,
Kamal, Norhazali,Hazri,Halim

Geng Perempuan
Norlela,Noraini,Siti Mahanum,Zanariah,Siti Alfiah,Suzaimah,Maslina,Harisun,Besek Zeti, Asmawati,Rafinaz,Norazilah,Susila,Hapizah,
Norlina,Roslina,Sharosliza,Zulita,Norhayati,Sabariah.

Kalau ada yg tertinggal ... email kat chek.. nooo... dah tak ingat ...18thn beb... gambar pun dok mana simpan ... kena cari .. heheh
Buat kelas KJ , Kultra .. sabaq... nanti chek update kan sekali ..

Cerita...

Best nyer sekolah asrama ni masa jadi senior lah ... tanya sesiapa yg sekolah asrama ...mesti depa cakap jadi senior is the best time... kita jadi "KING" ...hahah.. King-Kong. Hampeh.. La ni chek nak sentimental jap..dok terpikiaq ...apa cerita agak agak nya cikgu yg mengajar..masa kita sekolah dulu. Depa dok buat apa laguni...Nak nak warden asrama..Ustaz Yusof..Pak Jep,Pak Ali,Cikgu Din a.k.a Taiko, Cikgu Kamariah... etc... Yg paling tak bleh lupa masa belajaq English ....cikgu ajaq ...kami semua tidoq.. Hampeh ... patut cakap english tak reti ... huhuhu... skang sendiri susah ...Anyway i can speak and write english well now .. Mr .Indran ...hahhaa.

Kongsi Pengalaman .

Blog ini direka sekadar suka suka .. Sudah 18 tahun meninggalkan alam persekolahan. Tiada khabar atau berita mengenai sesama sendiri .
Heheh .. Mari kita menjejak kasih ...huhuhu. Tentu ada yg tertanya tanya .. atau mencari rakan rakan lama...Jadi blog ini direka khas untuk kalian semua.Sudi sudi kan lah menulis khabar berita anda dan berkongsi cerita .... Layanzzzz beb...sesiapa yg nak tulis ... di alu alukan ...email kat chek.. nanti chek kasi lah access ....

Contact Number

Ex Student Batch 89/90 yg membaca blog ini dan ingin memberi contact number di alu alukan. Just email .... Mana email >>> Sebelah kanan tu...
Yg bukan batch kami pun kalau nak join apa salah nyer..

Pengenalan mengenai SMVP

SMVP menerima kemasukan pelajar pelajar dari Tingkatan 4 . Pelajar pelajar lepasan SRP (ketika itu) layak memohon untuk memasuki sekolah tersebut.
Jurusan yg ada Pengurusan Ladang, Kejuteraan Ladang dan Hortikultur & Perkebunan.