Thursday, July 24, 2008

Congrats ..kepada semua

Salam ,Rasa nyer belum terlambat lagi nak ucapkan "SYABAS" dan "TERIMAKASIH"

1) Tuan Pengetua dan guru guru yang menghadirkan diri dan terlibat dalam "REUNION"
2) Semua batch 90/91 dan 89/90 yg datang.
3) Sekalung Taniah dan syabas buat AJK-AJK

Alhamdullilah majlis berjalan dengan lancarnya.Dan sudah pasti ada kekurangannya. Dah namanya majlis pasti ada kekurangan. Betul tak ???? Dan bukan satu kerja mudah untuk menghimpunkan rakan rakan dari pelbagai negeri.

Yang baik diambil sebagai teladan dan yg terkurang tu ambil sebagai pedoman untuk diperbaiki untuk "REUNION" akan datang ..

Dari feedback , semuanya happy dapat berjumpa rakan rakan lama .Almaklum 18thn terpisah.
Byk cerita nak dikongsi hinggakan tak cukup rasanyer masa perjumpaan ini.

Akhirkata .. pihak AJK ingin menyusun sepuluh jari atas segala kesilapan dan kekurangan.

Sehingga kita ketemu lagi . Insya Allah . Dilain waktu dan masa.

...Editor.....
*** masih menunggu gambar gambar utk di upload. hehehe..
***Maaf jika ada typo error.

Friday, July 18, 2008

Kurang dari 24 Jam .. Majlis Reunion

Salam dan Selamat sejahtera ,

Kurang dari 24 jam kita akan bertemu.Sudah tentu sekarang ini tengah berpacking-packing. Almaklumlah semuanya dari destinasi berlainan .Ada yang dekat dan ada yang jauh . Yang pasti berhati- hati di jalanraya.Pasti esok nostalgia lama akan menggamit kembali.
AJK- AJK pun tengah bertungkus lumus rasanya di saat akhir...

Enjoice..

Saturday, July 12, 2008

Seminggu Lagi . ..

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera rakan-rakan . Excited ... ?? Sure punyer ...

Seminggu sahaja lagi majlis "REUNION" yg dianjurkan oleh Batch 90/91. Akan berlangsung..
(Mcm Anugerah pulak)

Kudos to committee yg bertungkus lumus . Maklumlah dengan commitment masing-masing sehingga terpaksa melapangkan masa untuk menganjurkan reunion ini.

Tidak lupa juga rakan rakan yang sudah mengesahkan kehadiran anda . Tanpa sokongan anda majlis tak akan berjaya.

Terimakasih juga kepada pihak pengurusan sekolah terutamanya Tuan Pengetua atas kesudian mengizinkan kami mengadakan majlis di sekolah.

Untuk makluman Batch 89/90 akan turut serta ke REUNION ini .
Terimakasih atas jemputan. Semoga REUNION ini dapat memeriahkan lagi majlis.

17thn. Satu masa yg begitu lama setelah meninggalkan alam persekolahan . Semoga reunion ini dapat memberi manafaat dan diberkati . Insya Allah .. Sehingga kita ketemu lagi .. di lain coretan.

Editor ...